• YB Wong Chen

Ucapan Titah Diraja: Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ketiga Belas 2013

Saya berterima kasih kepada Tuan Yang diPertua dan juga Dewan ini kerana memberi peluang menyertai perbahasan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ini merupakan ucapan pertama saya di Dewan ini. Ada tiga perkara yang saya ingin bahaskan. Perkara pertama adalah isu mengenai kenaikan kadar jenayah negara khususnya di kawasan Parlimen saya iaitu di Kelana Jaya. Isu kedua adalah mengenai GST dan isu ketiga mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (Trans-Pacific Partnership Agreement).


Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan jenayah. Saya menyeru kepada Dewan ini untuk mengambil pendekatan yang didorong oleh data-data saintifik semasa membincangkan perkara-perkara mengenai jenayah. Walaupun biasanya jenayah dianggap sebagai acara sensasi dalam akhbar harian seperti kes baru-baru ini rompakan pecah masuk rumah menteri kita, kawan kita. Di Dewan, kita semua simpati dengan apa yang terjadi pada menteri tetapi yang lebih penting ialah untuk kita memahami dan menangani punca sebenar kenaikan kadar jenayah. Pengawasan yang berkesan oleh polis, penempatan polis yang lebih baik dan juga meningkatkan bilangan polis adalah antara cara-cara untuk melawan jenayah.


Dalam kes Kelana Jaya, saya meminta Menteri Dalam Negeri dan juga pihak Polis Diraja Malaysia untuk membantu konstituensi saya dan bantuan yang saya perlukan bukanlah lebih banyak dana ataupun lebih banyak sumber daripada kementerian ataupun daripada pihak polis. Apa yang saya minta adalah hanya satu surat dan surat itu adalah surat kebenaran. Satu surat kebenaran daripada polis untuk membenarkan majlis-majlis perbandaran di bawah kawasan Kelana Jaya, terdapat tiga ya, Petaling Jaya, Shah Alam dan juga Subang Jaya mendapat surat kebenaran daripada polis untuk mengupah polis bantuan supaya kita boleh meningkatkan keselamatan di kawasan Parlimen saya dan juga memastikan polis bantuan itu boleh bekerjasama dengan polis menjaga keselamatan penduduk.


Majlis-majlis kawasan saya adalah sedia dan berupaya dengan dana yang mencukupi dan kami bercadang untuk mengupah lebih kurang 300 hingga ke 400 polis bantuan. Polis bantuan ini akan dibayar gaji oleh majlis-majlis perbandaran pihak polis tidak perlu menanggung apa-apa kos tambahan. Kelana Jaya hanya memerlukan surat ini dan persetujuan sokongan daripada kementerian. Permintaan ini bukanlah permintaan yang baru. Sebenarnya permintaan Majlis Perbandaran di Kelana Jaya adalah sejak tahun 2011 dan telah ditolak dengan tanpa alasan yang logik oleh pihak polis. Jadi memandangkan kita memulakan penggal yang baru, saya sebagai Ahli Parlimen Kelana Jaya meminta, merayu sekali lagi kepada kementerian dan juga polis untuk menolong kita mengeluarkan surat kebenaran ini.


Baik. Kembali kepada isu tentang melawan jenayah dan puncanya. Saya meminta semua di Dewan ini untuk melihat perkara ini dari sudut sains terbaru iaitu behavioural economics, dengan izin. Kita mesti memikirkan semula isu peningkatan jenayah ini tidak semata-mata sebagai satu dasar yang reaktif ataupun dalam erti kata lain bukan sahaja secara bertindak balas. Apabila jenayah meningkat, reaksinya kebiasaannya kerajaan ialah menambah bilangan anggota polis. Ini adalah dasar reaktif yang salah. Semestinya kita mencari dasar baru yang lebih berjangka panjang, mencari dasar yang bertujuan untuk mengurangkan dan menghapuskan jenayah dan puncanya.


Puncanya adalah seperti berikut, pertama, jenayah dilakukan oleh orang yang terdesak dan oleh orang yang kurang empathy, dengan izin, crime is caused by desperate man and man that is lacking in empathy. Dasar-dasar berdasarkan behavioural economics 124 DR.02.07. 20 13 yang boleh memupuk empati masyarakat dan mengurangkan keadaan ekonomi yang terdesak adalah kunci sebenar untuk mengurangkan jenayah di Malaysia.


Tuan Yang di-Pertua, sekarang isu kedua iaitu GST. GST adalah satu dasar cukai regresif. Maknanya regresif ialah satu dasar cukai yang menindas orang-orang miskin. GST sering dibincangkan sebagai satu isu fiskal. Memang benar GST ialah tentang fiscal policy. Akan tetapi perbincangan fiskal tidak mengambil kira isu yang paling asas dan isu yang paling asas itu adalah 70% daripada rakyat Malaysia adalah terlalu miskin untuk membayar apa-apa cukai pun. Pakar-pakar GST, akauntan, juga sering cenderung melihat GST satu perkara cukai di mana berlakunya dengan izin, tax trade-off. Trade-off antara cukai GST dan cukai perkhidmatan dan jualan, trade-off antara cukai GST dan cukai pendapatan individu dan korporat.


Pandangan ini terhadap GST sebagai satu pertukaran cukai tersasar daripada isu dasar. Pokoknya adalah golongan miskin sudah pasti akan mengalami peningkatan dalam bil-bil dan perbelanjaan harian secara keseluruhan. Kerajaan Barisan Nasional bercakap tentang pengecualian barang-barang asas dan Barisan Nasional juga membuat jaminan kepada orang-orang miskin bahawa kos sara hidup mereka tidak akan terjejas. Dewan ini perlu bertanya, bagaimanakah kami akan menentukan apa itu barang asas dan apa yang tidak boleh dikecualikan?


Sebagai contoh, saya yakin bahawa kita semua boleh bersetuju bahawa beg tangan Hermes Birkin adalah barangan mewah. Beg Hermes Birkin adalah mudah sebab ia jelas barang yang mewah. Oleh itu daripada segi GST tiada pengecualian. Namun, mari kita lihat kes daripada rakyat biasa. Mari kita melihat kehidupan daripada perspektif 70% rakyat Malaysia, keluarga yang pendapatan isi rumah adalah kurang daripada RM3,000 sebulan. Adakah telefon bimbit barang mewah ataupun barang asas? Tidak begitu mudah kita hendak buat differentiation.


Adakah TV satelit barang mewah ataupun asas? Apa pula satu tiket untuk menonton bola sepak. Memang tidak mudah. Apakah asas dan apakah mewah. Apakah yang kena GST dan apa akan dikecualikan. Walau bagaimanapun, gambaran besar mengenai isu GST adalah tidak rumit, ianya sangat mudah dan jelas. Isu besar GST adalah Kerajaan Barisan Nasional tidak boleh balance belanjawan dengan baik. Barisan Nasional gagal mengurangkan tekanan fiskal kerana ia tidak mempunyai komitmen menangani rasuah dengan serius. Sebalik daripada melakukan perkara yang betul iaitu mengurangkan rasuah, Barisan Nasional memilih untuk mencukai rakyat dengan GST. Ini adalah satu dasar ekonomi pada pendapat saya, yang buruk dan saya tidak akan menyokongnya. Saya pasti saudara-saudari saya daripada Pakatan Rakyat tidak akan menyokong usaha ini.


Sekarang isu ketiga dan terakhir saya, Trans-Pacific Partnership Agreement. Bersama-sama dengan Yang Berhormat Lembah Pantai dan juga Yang Berhormat Klang, saya telah dijemput untuk bertemu dengan MITI pada 14 Jun 2013, baru dua tiga minggu lalu. Dalam mesyuarat tersebut, MITI memaklumkan kepada kami bahawa pihak kerajaan telah membayar UNDP, dengan izin, United Nations Development Program sebagai konsultan untuk menyediakan satu laporan yang membuat analisa kos dan faedah, menandatangani TTPA, dengan izin, UNDP telah diminta untuk buat cost benefit study. Laporan UNDP ini adalah sangat komprehensif. Pihak UNDP telah membuat interviu dengan banyak syarikat SME, syarikat bumiputera, nelayan, petani dan lain-lain. Laporan ini sangat komprehensif dan ia telah siap dan dibentangkan kepada Kabinet.


Laporan ini kekal sebagai analisis kos dan faedah muktamad dan paling berwibawa berhubung perkara TPPA. MITI berkata bahawa ia akan melepaskan sebahagian kertas UNDP ini kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk membenarkan kita mengkajinya dengan lebih mendalam. Dalam pertemuan yang sama, saya meminta pegawai MITI untuk memberikan saya satu jawapan yang jelas sama ada Laporan UNDP tersebut mengesyorkan Malaysia untuk menandatangani TPPA atau tidak. Jawapan daripada MITI hanya samar-samar dan tidak berkomitmen. Mengikut pihak MITI, Laporan UNDP hanya mencadangkan beberapa senario dan bukan apa-apa yang pasti. Pada mesyuarat yang sama, saya menekan semula soalan itu iaitu adakah Laporan UNDP mengesyorkan Malaysia untuk menandatangani atau tidak menandatangani TPPA. Tiada jawapan terus.


Kami sekarang di Pakatan Rakyat masih menunggu Laporan UNDP itu. MITI sepatutnya melepaskan laporan itu pada 28 Jun iaitu minggu lalu. 28 Jun datang dan pergi, Laporan UNDP itu tidak dilepaskan lagi. Mengapakah Laporan UNDP itu tidak dikeluarkan? Dalam Dewan ini minggu lepas, Menteri MITI, Datuk Mustapa Mohamed menyebut bahawa Laporan UNDP adalah rahsia negara dan sekiranya dilepaskan, ianya mengurangkan strategi dan kedudukan rundingan kementerian beliau. Ini bukan satu jawapan yang boleh diterima. Kami tidak meminta teks yang sensitif didedahkan, kami menanya soalan yang paling asas iaitu adakah menandatangani TPPA memberi manfaat kepada Malaysia daripada segi ekonomi. Saya selaku researcher untuk Pakatan Rakyat telah membuat kajian yang menyeluruh mengenai perkara ini dan telah juga berbincang dengan perunding perdagangan yang mahir dalam perkara ini.


Ini termasuk perunding-perunding, pegawai-pegawai daripada kedua-dua Kesatuan Eropah, dengan izin, European Union dan juga dari Amerika Syarikat. Tuan Yang di-Pertua, Amerika Syarikat adalah satu-satunya parti untuk menandatangani TPPA. Apa yang saya dapat tahu daripada kedua-dua Kesatuan Eropah dan juga Amerika Syarikat ialah mereka dapat satu kata sepakat tentang Laporan UNDP ini. Pakar-pakar perdagangan tersebut telah memberi tahu saya bahawa Laporan UNDP sebenarnya mencadangkan bahawa Malaysia tidak menandatangani TPPA. Ini penting sebab kita tidak tahu apakah content Laporan UNDP tapi information yang saya terima daripada perunding-perunding dan pegawai-pegawai European Union dan juga Amerika Syarikat ialah UNDP tidak rekomen kita untuk menandatangani TPPA.


Jika apa yang orang Eropah dan Amerika memberitahu saya adalah benar mengenai Laporan UNDP, maka mengapakah Kabinet kami masih ingin menandatangani TPPA ini? Oleh itu saya meminta Menteri MITI supaya lebih transparent dan jawab secara telus dan terus. Apakah sebenarnya rekomendasi daripada UNDP mengenai TPPA? Akhir sekali, terdapat isu asas yang dipertaruhkan. TPPA ini bukan sahaja satu perjanjian perdagangan, ia adalah satu perjanjian yang bakal menukar model ekonomi Malaysia kepada satu yang lebih mencerminkan sistem ekonomi Amerika Syarikat. Ia juga satu perjanjian yang akan mematuhi idea-idea ekonomi Amerika Syarikat yang memihak kepada Amerika Syarikat. Jika kita menerima pakai model ekonomi Amerika Syarikat secara membuta tanpa soalan, kita akan mendedahkan diri kita kepada perubahan ekonomi yang tersangat besar.


Adakah ini yang kita mahu capai dalam satu perjanjian perdagangan? Satu perjanjian yang bakal melakukan penukaran lengkap dalam sistem ekonomi kita. Di Asia, modal ekonomi betul atau salah berfungsi dengan perusahaan yang didorong atau disokong penuh oleh kerajaan, dengan izin, Asia Practices State Sponsored Enterprise. Itu adalah bagaimana ekonomi Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Singapura dibina dan ini adalah bagaimana China sedang cuba untuk membina ekonomi mereka. Amerika Syarikat bermula dengan jalan sejarah yang sama iaitu melalui satu kesatuan kerajaan dan syarikat bekerja rapat bersama-sama. Walau bagaimanapun, dalam tempoh 30 tahun yang lepas ini, dengan pembatalan kawal selia dan penswastaan, dengan izin, deregulation and privatization, kerajaan Amerika kini di bawah pengaruh yang tidak wajar oleh syarikatsyarikat besar, syarikat-syarikat multinasional dan juga syarikat-syarikat internet yang baru.


Dengan izin, the American government today is under the undue influence of giant corporations, multinationals and internet companies. Syarikat-syarikat gergasi ini melobi dan menulis dasar mengenai perkara seperti, dengan izin, too big to fail. Mereka memperjuangkan dasar quantitative easing. Syarikat-syarikat yang sama juga membayar taraf cukai yang rendah di Amerika dan tidak membayar cukai langsung pun banyak. Matlamat utama mereka ialah mencari keuntungan yang maksimum melalui proses globalisasi. TPPA adalah dasar syarikat-syarikat gergasi Amerika. TPPA, dengan izin, adalah vehicle mereka. Jika Laporan UNDP menasihati Malaysia untuk tidak menandatanganinya, mengapakah Kabinet Barisan Nasional masih begitu berminat untuk tandatangan? Saya mengakhiri ucapan ini dengan mengingatkan semua bahawa kita wakilwakil rakyat Dewan ini diberi mandat untuk berkhidmat kepada rakyat. Kita tidak diberi mandat untuk berkhidmat kepada kroni tempatan dan kita pasti tidak di sini untuk berkhidmat kepada kroni asing ataupun syarikat-syarikat gergasi Amerika.


Saya memang berpegang bahawa Malaysia adalah sebuah negara perdagangan yang sangat tergantung kepada eksport.


Kalau terdapat perjanjian yang membawa manfaat ekonomi yang baik kita sebagai satu negara patut harus tandatangani perjanjian perdagangan itu. Akan tetapi di dalam kes ini belum terbukti bahawa TPPA akan membawa apa-apa manfaat baik. Sebaliknya, Laporan UNDP menolak TPPA. Oleh yang demikian kita harus menolak TPPA dan saya menyeru kepada pihak backbenchers cari satu perjanjian FTA dua hala yang berpegang kepada prinsip, dengan izin, free trade, fair trade dan safe trade. Sekian, terima kasih.