Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam ucapan Titah Yang diPertuan Agong. Saya prihatin Yang di-Pertuan Agong telah menimbulkan beberapa isu yang penting yang dalam ucapan walaupun pendek. Terdapat 19 points dia itu, saya akan cuba sedaya upaya untuk cover some of the issues yang saya rasa sangat penting.
Sebenarnya Yang Berhormat Bukit Katil yang sepatutnya cakap pada masa ini, jadi saya akan cubalah a bit impromptu ya. Dalam ucapan saya ini saya akan memberi fokus kepada tiga perkara. Pertama, secara random ataupun secara general tentang isu ekonomi. Saya hendak tanya soalan dan beri jawapan tentang the state of the economy pada tahun 2018 ini, pada Mac bulan ini.
Perkara kedua ialah tentang dasar-dasar untuk mencegah rasuah. Saya rasa isu ini sangat penting kerana rasuah ini adalah punca kesemua masalah di negara kita ini. Saya juga ingin menimbulkan dasar-dasar ini supaya Dewan yang mulia ini boleh mempertimbangkannya sama ada di sebelah sana ataupun di sebelah sini.
Perkara ketiga, adalah tentang keperitan rakyat dalam dua isu dan ini kebiasaan. Akan tetapi saya rasa penting sebab ini kemungkinan ucapan terakhir kita semua ini. Isu dua ini, basic fundamental ialah tentang gaji tidak naik tetapi harga barang naik.
Kesemua tiga-tiga perkara ini ada kaitannya dan kaitannya ialah mengenai isu good governance. Dalam buku ‘Why Nations Fail’ dan semua akademik-akademik di luar, sesuatu negara berjaya atau tidak adalah berdasar isu governance, structure, amalan politik, disiplin kerajaan, disiplin fiskal, semua ini adalah berdasarkan konsep good governance.
Malangnya, dalam kes Barisan Nasional, saya rasa isunya bukan good governance tapi poor governance. (sambung) Very poor governance. Walaupun ekonomi kita mengikut data Bank Negara bagi tahun 2018 ini dijangka mencapai perkembangan KDNK yang baik, 5.2 peratus- 5.2 percent tetapi soalannya selalu kenapakah rakyat tidak boleh rasa manfaatnya? Why is it that the government can claim 5.2 percent growth? Dengan izin ya, but the people cannot feel it? Beberapa hari lalu kawan baik saya, Menteri Kewangan II, beliau kata kerana mereka tidak rasa kenaikan ekonomi ini sebab mereka tersalah persepsi, it’s a perception problem to him. Saya tahu dia tu orang kayalah...
(sambung)
Menteri Kewangan, saya tidak boleh salahkan dia. Dia itu sebelum dia jadi Menteri, dia businessman dan dia buat business dia, cara dia dapat kekayaan dia, saya respect. Akan tetapi saya rasa sebab dia tidak prihatin sangat dengan orang-orang miskin ini, maybe he’s completely out of touch.
Apabila orang biasa, rakyat biasa menghadapi kesusahan membeli makanan untuk anak-anak mereka, masa sekolah nak start Januari ini, pening Disember hendak beli baju seragam, kasut, stokin pun, two sets for each children, kalau ada empat anak. They always have this problem and that is not perception, itu realiti.
Saya rasa semua di Dewan ini mesti di approach oleh rakyat-rakyat miskin, minta pertolongan daripada Yang Berhormat, bagi sikit RM50, RM100. Isu ini bukan saja merangkumi yang golongan miskin. Saya rasa dalam pendapatan middle class pun terasa juga sekarang sebab itu BR1M yang diterima ini, 70 peratus keluarga di Malaysia. 70 percent, you’re not talking B40 anymore, this is really 70 percent. Ini merunsingkan kita semua di Dewan ini.
Asas peningkatan KDNK, kalau kita betul-betul nak cari satu solution ataupun satu explanation kenapa KDNK naik tetapi orang tidak terasa ialah kerana asas KDNK dalam tiga tahun ini adalah berdasarkan kejatuhan Ringgit. Kalau kita perhati dengan secara lebih mendalam asas peningkatan disebabkan eksport kita naik kerana Ringgit jatuh. Manfaat kadar ini adalah kilang-kilang eksport yang kaya dan mereka kebanyakannya mempunyai majoriti pekerja-pekerja kilang daripada negara asing.
Warga negara Indonesia, warga negara Nepal, Thailand pun ada lah. Tetapi banyak itu Bangladesh. Kilang-kilang semuanya yang maju ini, semua kebanyakan majoriti pekerjanya 70-80 peratus adalah warga asing. Jadi bila kilang ini successful, dia bayar gaji overtime kepada pekerja asing. Kita tidak terima. Rakyat Malaysia yang biasa tidak terasa kenaikan gaji ataupun bonus overtime. Dan satu lagi golongan yang mendapat manfaat kenaikan KDNK akibat eksport naik, nilai mata wang kita surut adalah tuan punya. Tuan punya ini semua ini adalah orang-orang kaya, jutawan yang ada kilang-kilang.
Oleh itu, bila kita kata KDNK naik, which sector is making money? Kita kena tanya. Sektor itu sektor eksport. Sektor perumahan jatuh. Sektor banking jatuh. Kita sudah lihat 2016, 2017 berapa orang hilang kerja. Sektor oil and gas pun jatuh.
Jadi, that is why bila di kata KDNK naik, tetapi orang tidak terasa. Memang orang tidak terasa. Yang terasa orang Bangladesh, orang Indonesia dan jutawan-jutawan yang mempunyai kilang-kilang. Saya merujuk kepada isu tentang segi pelaburan ataupun foreign direct investment. Domestic direct investment sudah hilang. Sejak mata wang kita jatuh, semua orang ambil duit keluar daripada Malaysia, parking di Hong Kong, parking di Australia. CID Chief pun parking di Australia. Dia parking di Singapura. Jadi domestic direct investment tidak naik. Dia stable macam itu.
Yang Berhormat-Yang Berhormat punya yang ada palm oil estate dia tidak boleh pakej into his bag and run. Dia teruskan kerja tetapi foreign direct investment? Adakah benar foreign direct investment naik pada tahap yang baik seperti yang dikatakan oleh Menteri Kewangan II.
(sambung) Isu kedua kita ialah isu tentang apa yang kita boleh buat untuk mencegah gejala rasuah. Bagi saya, dasar-dasar ini kita sudah gubal di dalam Pakatan Harapan dan saya rasa pentinglah. Kalau kita bernasib baik kita jadi kerajaan, kita akan mengamalkan dasar-dasar baru ini. Kalau kita tidak bernasib baik dan sebelah sana jadi kerajaan lagi, saya mintalah sekurang-kurangnya ciplaklah idea kita, buat benda yang betul.
Pertama ialah kita perlu cut the undue influence of corporations dan juga orangorang kaya dengan orang-orang politik. Maknanya kita tidak boleh terima duit-duit contribution yang berlebihan. Tidak boleh menerima berjuta-jutalah. Kalau RM10,000, RM20,000, RM30,000, RM50,000 boleh cakap lagi. Just bagi tahu.
Akan tetapi apa yang pelik itu, ada yang menerima berjuta-juta daripada Robert Kuok tapi hentam juga dia. So, this is not right. Pepatah Melayu- saya bukan Melayu tapi pepatah Melayu kata janganlah kacang lupakan kulit. So, it is important. Please, do the right thing, cut the link between rich people and rich corporations from the politician.
Poin kedua, yang penting ialah resources. Kita sebagai Ahli Parlimen, saya lihat semua susah. Yang di sebelah sinilah setahu sayalah. Tiap-tiap bulan tidak cukup. Hendak bayar gaji tidak boleh, hendak bayar elektrik susah, hendak tolong rakyat at the same time. So, please provide us resources. Kalau tidak, semua Ahli Parlimen akan merasa terdesak. When you have financial insecurity, Ahli Parlimen membuat insentif untuk buat benda-benda yang tidak betul seperti corruption. Bukan susah untuk kita untuk bagi resources yang cukup. Saya kira pun tidak sampai RM30 juta, RM40 juta setahun untuk semua Ahli-ahli di sini. Apalah RM20 juta, RM30 juta dalam bajet RM280 bilion setahun? It is nothing but at least you can set the course for anti-corruption activities.
Ketiga ialah kerajaan perlu melakukan direct funding for political party. Ini diamalkan di semua negara-negara barat yang maju, yang baik. Direct political funding. Apakah formulanya? Senang. Kalau kita hendak kira, RM5 untuk setiap undi yang kita dapat. Katakan satu Parti ABC dia dapat satu juta undi pada pilihan raya yang akan datang ini. Maknanya, Kerajaan Malaysia akan bagi dia RM5 juta setahun. RM5 kali satu juta undi, RM5 juta setahun. It is a very small investment. Kita ada 14 juta voters, pengundi di Malaysia.
Jadi maknanya projek ini untuk membanteras gejala rasuah ini adalah cuma RM70 juta setahun. Kalau kita campur dengan adequate resources RM30 juta, jumlah RM100 juta setahun. We can eliminate corruption substantially by 80 percent, 90 percent even, sekiranya dasar ini dilakukan. Oleh itu, saya hendak cakap ini, kalau kita tidak menang, please do it. Do it for the rakyat. Don’t do it for yourself-lah. At least do it for yourself for you own souls, Tuan Yang di-Pertua.
Jadi isu yang terakhir saya ialah tentang isu aspirasi. Saya ada satu minit 30 saat lagi. Apakah sebenarnya aspirasi yang kita perlu untuk negara kita? We need to be hard working. Ini pesanan saya yang terakhirlah. Setiap negara hendak maju, kita kena kerja kuat and we need a culture for continuous improvement. Maknanya apa yang kita buat sebagai Ahli Parlimen, sebagai peguam, sebagai businessman, setiap tahun kita kena improve. Kalau kita bawa mentality kerja kuat dan continuous improvement ini ke Parlimen, saya percaya kita akan berjaya sebagai satu negara.
Tidak payah kita gaduh-gaduh tiap-tiap kali. Saya sudah sini lima tahun. There are friends from that side, I really appreciate what some of you have said. Today, Yang Berhormat Pendang not so nice to me-lah. Tidak apa, it is okay. We are politician, we can take it, we are men.
(sambung)
Yang Berhormat Bukit Gantang just now I attacked him, I understand. This is our job untuk bergaduh untuk kebaikan negara kita. Betul atau tidak?
Jadi itu sahajalah saya hendak cakap ini. Yang paling penting bagi saya, GST, apaapa benda yang tidak memberi manfaat kepada rakyat perlu diturunkan.
(sambung)
Dihapuskan. Kalau tidak dihapuskan, maknanya ini menjadi matlamat kita di Pakatan Harapan untuk menurunkan Barisan Nasional dalam pilihan raya yang akan datang ini demi rakyat dan demi kebaikan negara kita.
Saya cuma hendak kata yang terakhir seperti Yang Berhormat Jasin tadi, I want to wish everybody the very best of luck. Bagi rakan-rakan yang tidak balik selepas GE14 ini, I want to thank you for your time. Kita tidak tahulah siapa menang, siapa kalah, siapa jadi calon, siapa tidak jadi calon but always remember as Malaysians, we must work for the betterment of everybody. Terima kasih banyak.