top of page
  • Writer's pictureYB Wong Chen

Ucapan Titah Yang Di-Pertuan Agong bagi pembukaan Penggal-Kedua, Parlimen Keempat Belas.

While highlighting some shortcomings and proposing some solutions, the central message of my speech is still positive.

Despite the lack of reforms, the country has changed and is moving ahead. Crony capitalism "looks" dead, the country is now decidedly less corrupt, civil service better and there is more freedom of speech.

Politicians now need to fix the economy and legislate the structural reforms. This is where I propose that backbenchers can help the cabinet to implement these urgent reforms via private members bill and standing committees.

However the cabinet must first return powers to Parliament and uphold the principle of separation of powers, and not keep Parliament under their control.

I concluded that the government needs to understand the demands of the people and get on with the reform agenda.

 

Terima kasih Dato’ Speaker memberi peluang kepada saya membahas titah Yang Di-Pertuan Agong bagi pembukaan Penggal-Kedua, Parlimen Keempat Belas.

Saya menyokong penuh apa yang telah dititahkan oleh Tuanku, khususnya mengenai keutamaan isu kos sara hidup, merapatkan jurang sosial ekonomi, menentang rasuah, mempertahankan perlembagaan, dan pada amnya mereformasikan negara kita dari sistem dulu ke sistem yang lebih baik, sistem yang lebih demokratik. Saya rasa pandangan penduduk kawasan Subang adalah lebih kurang sama dengan kawasan-kawasan parlimen lain. Dato’ Speaker, dengan izin, the honeymoon is clearly over, sekarang kita harus berhadapan dengan isu utama yang dihadapi oleh rakyat, iaitu isu ekonomi.


Dato Speaker, bidang ekonomi ini merangkumi pelbagai perkara, dari sistem perbankan, makro ekonomi, behavioural economics, isu fiskal dan lain-lain. Tetapi untuk ucapan ini, apabila saya merujuk kepada isu ekonomi, isu ekonomi yang biasa difahami oleh rakyat adalah isu kos sara hidup dan isu gaji tidak meningkat.


Dato’ Speaker, saya bermula dengan sedikit pandangan tentang keadaan umum ekonomi pada masa kini.


Lebih kurang seminggu sekali, saya akan makan tengah hari dengan bankers, tokoh perniagaan atau ahli ekonomi, dan pandangan-pandangan mereka lebih kurang sama dengan pandangan orang biasa yang saya jumpa setiap hujung minggu di program kawasan, iaitu pandangan peniaga kecil yang menjual char kuey teow, pegawai polis, marketing executive dan suri rumah.


Pandangan mereka adalah keadaaan ekonomi kita kurang memuaskan dan kos sara hidup semakin meningkat, walaupun secara rasminya kita sedang menghadapi deflation. Baru-baru ini, semasa sambutan Tahun Baru Cina, banyak limau mandarin tak terjual dan ang pow pun jumlahnya lebih kecil. Kebimbangan ekonomi pada awal bulan Februari 2019 adalah sangat terkesan. Pada hari ini, kebimbangan masih ada tetapi kurang sedikit.


Saya faham banyak masalah ekonomi adalah berpunca daripada pentadbiran lalu. Banyak juga masalah berkenaan dengan isu global seperti perang perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China. Masalah lain juga adalah berpunca daripada global stock market yang tak menentu.

Saya juga faham harga kebanyakan komoditi menghadapi kemerosotan. Komoditi eksport utama kita, minyak sawit mengalami kejatuhan harga. Tetapi, negara kita ini memang bertuah. Harga minyak petroleum dan gas naik pula oleh kerana krisis politik di Venezuela. Dato Speaker, ada 1,001 sebab yang berpunca dari luar negara kenapa ekonomi menghadapi cabaran. Saya percaya rakyat tahu dan faham bahawa banyak punca-punca ini adalah di luar kawalan kita. Tetapi apa yang mereka nak tahu adalah, apakah usaha kerajaan Pakatan Harapan untuk mengatasi perkara-perkara ekonomi yang berada di dalam kawalan kita? Saya setuju kerajaan Pakatan Harapan telah mengambil tindakan yang cukup drastik, iaitu menukar dasar consumption tax daripada GST ke SST. Pada teorinya, SST sepatutnya memberi penjimatan RM20 billion kepada pengguna. Tetapi pada tahap experience yang dialami pengguna sekarang, pengguna-pengguna tak terasa sangat penjimatan tersebut. Oleh itu, dalam ucapan belanjawan saya pada Oktober lalu, saya telah menyeru kerajaan untuk membuat periodic assessment and review of SST, setiap enam bulan, untuk memantau sama ada SST ini betul-betul efektif. Sekarang saya meminta kerajaan mengkaji semula isu dasar consumption tax SST ini untuk memberi jawapan kenapa penjimatan RM20 billion SST ini tidak dirasai oleh pengguna. Adakah ini hanya persepsi yang salah oleh rakyat, ataupun satu dasar yang sememangnya kurang efektif?

Mesej yang saya nak tekankan adalah, apabila kita merangka dan melaksanakan dasar baru, kita perlu mengambil satu pendekatan yang pragmatik dan saintifik dan bukannya mengambil satu pendirian yang berdasarkan ideologi semata-mata. Kalau dasar kurang berjaya, kita kena berani menerima pandangan dan teguran dan selepas itu memperbaiki apa-apa kekurangan.

Dasar lain yang Pakatan Harapan telah perkenalkan untuk mengatasi isu kos sara hidup adalah mengenai unconditional payment, yang dulunya dinamakan BR1M, sekarang ditukar nama baru, Bantuan Sara Hidup (BSH). Program ini adalah lebih kurang sama, dengan kelebihan sedikit iaitu ia adalah lebih tertumpu dan tepat. Saya berharap kerajaan akan terus menerima pandangan mengenai program ini dan mengamalkan budaya Kaizen masyarakat Jepun, iaitu budaya to continuously improve. Selain bantuan unconditional payment, saya juga menyokong dasar isu subsidi minyak yang telah berubah daripada yang lama, dan jelas ia adalah lebih mesra kepada pengguna. Namun demikian, saya masih bimbang sama ada program ini adalah dengan izin, fiscally sustainable in the longer term.

Dato Speaker, semua dasar yang saya telah sentuh, adalah pada hakikatnya, dasar-dasar lama. Dengan izin, these are mere tweaks of old policies dan bukannya sesuatu yang baru dan cukup ground breaking. Oleh demikian, hasilnya ada tetapi impaknya tak beberapa sangat.

Jadi, pada masa kini, rakyat tertanya-tanya, dengan izin, where are the new, positive policies of Pakatan Harapan? Satu dasar baru yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah program iSuri di mana kerajaan menyediakan satu social safety net kepada suri rumah. Kredit kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu YB Pandan kita. Namun, ini adalah program tunggal yang dapat dilaksanakan setakat hari ini. Oleh demikian, persepsi rakyat adalah, Pakatan Harapan tak berubah sangat pun dari Barisan Nasional dari segi dasar.

Oleh itu saya meminta kerajaan untuk mengkaji semula dasar-dasar ini dan cuba untuk menggubal dasar baru. Negara kita memerlukan satu hala tuju ekonomi yang komprehensif ataupun economic blueprint untuk mengatasi isu kos sara hidup. Untuk menjayakan satu hala tuju yang komprehensif, saya menasihati kerajaan untuk komited kepada metodologi yang berdasarkan big data analysis and evidence-based policy making. Perubahan memerlukan satu mindset shift dan ianya boleh bermula daripada cara Jabatan Statistik mengumpul data-data sosio-ekonomi.

Sebagai contoh initiatif baru yang cukup baik, saya gembira melihat Menteri KPDNKK, YB Kulim Bandar Baharu mempunyai kematangan fikiran untuk mengamalkan satu indeks baru iaitu cost of living index dan tidak lagi menggunakan consumer price index bagi kerja kementerian beliau. Ini adalah permulaan yang cukup baik untuk mendapatkan data yang kukuh untuk mengatasi isu kos sara hidup. Dato Speaker, dengan izin, the people are asking, are there any other new policies that Pakatan Harapan can introduce? Pada pandangan saya, terdapat banyak low hanging fruits yang kita boleh tuai. Isunya adalah sama ada kita ada political will untuk melakukannya. Contohnya, perkara Approved Permit ataupun AP. Kita masih ada 5,000 barang import dan export yang mengamalkan sistem AP. Sistem AP ini menambah kos kepada harga barang, kerana majoriti pemberian AP in adalah berdasarkan political cable yang kuat dan bukannya hasil titik peluh pemegang AP. Setiap AP juga memudaratkan kewangan kerajaan kerana bakal hasil kerajaan ini sebenarnya di pindah kepada pemegang AP. Ini adalah satu-satunya transfer payment yang tidak boleh dijustifikasikan. Oleh itu saya minta kerajaan Pakatan Harapan untuk mengkaji semula dan memansuhkan sistem AP secepat mungkin. Kalau kerajaan tidak ingin memansuhkannya, AP perlu dijual secara terbuka melalui satu sistem lelong yang transparen, di mana penjual dan pengguna boleh mengambil bahagian secara terus. Dan, sekiranya cadangan ini masih tidak diterima oleh kerajaan maka sekurang-kurangnya kerajaan perlu menerbitkan senarai penuh pemegang-pemegang AP ini dan memberi justifikasi kepada setiap satu AP. Dengan izin, if you want to continue the AP system, please provide full transparency so that the people can evaluate your AP policy. Dato Speaker, saya ingin memberi satu lagi cadangan dasar ekonomi yang boleh diamalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan dengan serta-merta. Bagi tahun 2019, kerajaan Pakatan Harapan memperuntukan secara rasmi wang sebanyak RM29 billion bagi perkhidmatan dan bekalan. Ini adalah hanya sebahagian daripada public procurement spending yang juga merangkumi government contracts. Angka sebenar public procurement spending adalah jauh lebih tinggi, kerana banyak dana pemberian dan belanjaan pembangunan untuk tujuan sama. Apakah jumlah penuh angka yang sebenarnya? Mengikut laporan OECD, jumlah public procurement spending adalah lebih kurang 12% KDNK setiap negara. KDNK kita adalah 1.28 trillion, ini bermakna jumlah public procurement spending bagi Malaysia setiap tahun adalah dianggarkan pada tahap RM150 billion. Dato Speaker, kita semua tahu bahawa perkara government procurement ini adalah merupakan satu landasan yang terbuka untuk ketirisan, cronyism, nepotism dan rasuah. Oleh itu, saya menyeru kerajaan Pakatan Harapan untuk menggubal sistem perolehan awam Barisan Nasional ini secepat mungkin, iaitu menggunakan sistem yang terbaik, termasuk sistem perolehan yang diamalkan di negara Singapura atau Norway, ataupun mana-mana sistem komersil seperti ISO 20400. Kedua-dua cadangan saya ini adalah di dalam bidang kuasa kerajaan Pakatan Harapan dan boleh dilaksanakan, sekiranya kita ada political will dan masih ada semangat reformasi.

Ya, ekonomi sedunia memang menghadapi cabaran, tetapi kerajaan Pakatan Harapan mempunyai tanggungjawab untuk melakukan reformasi di bawah kawalan kita dengan memperbaiki sistem yang kita warisi daripada Barisan Nasional.

Dato Speaker, dengan izin, we cannot continue to blame the previous government for our predicament, it is now the time to move on and deliver on our promises of reform, as per our manifesto. Dato Speaker, hal ekonomi, dengan izin, is both a science and an art form. Ia melibatkan prinsip sains seperti data dan statistik, dan prinsip seni seperti behavioural sciences dan confidence. Pada keseluruhannya, perkara yang paling penting adalah confidence. Rakyat, iaitu pengguna dan peniaga sebenarnya tidak takut sangat perubahan, selagi perubahan itu boleh memberi masa hadapan yang lebih cerah, dan menjana keyakinan pasaran.

Dalam perkara confidence ini, ataupun keyakinan rakyat, saya ingin mengalih fokus saya kepada isu reformasi politik. Dalam bidang politik, kalau kita tidak dapat melaksanakan sesuatu dasar ekonomi dengan baik, kita perlu memberi rakyat satu penjelasan. Dan yang lebih penting ialah sekiranya kita gagal dalam pentadbiran ekonomi, sekurang-kurangnya kita perlu melakukan reformasi politik sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi melalui sistem pentadbiran yang baik.


Kalau rakyat menghadapi ekonomi yang kurang baik, seperti sekarang, tetapi kerajaan Pakatan Harapan dapat memberi mereka satu harapan politik yang lebih cerah, saya percaya rakyat boleh menerima kesusahan ekonomi ini buat setahun dua lagi. Dengan izin, the people can accept some economic pain provided we carry out political reforms now. What they cannot accept is a failing economy and no political reforms whatsoever.


Mesej yang saya terima daripada penduduk-penduduk Subang yang kebanyakkannya ahli profesional seperti akauntan, jurutera dan peguam, adalah mereka risau sistem crony-capitalism akan muncul semula sekiranya reformasi politik yang lengkap tidak dilakukan.

Dato Speaker, saya terdengar khabar bankers, peniaga dan ahli ekonomi bahawa ada beberapa kroni yang cuba membuat satu corporate come back. Ada yang melobi kuat for further deregulation of our financial and insurance sector. Ada juga yang menjadi all powerful gate keepers. Tetapi, there is good news. Tinjauan peribadi saya dalam beberapa bulan ini daripada ahli-ahli perniaga adalah there is not much appetite for crony-capitalism. Dato Speaker, bagi kita yang berumur 45 ke atas di dalam dewan ini, kita memang kenali sistem crony capitalism. Dengan izin, for crony capitalism to truly succeed, it needs two hands to clap, the hand of politicians and the hand of private sector tycoons. My current reading is the tycoons are not clapping. Golongan peniaga mengambil pandangan bahawa rasuah adalah satu kos yang terlalu tinggi dan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, mereka tidak lihat apa-apa positif untuk perniagaan mereka jangka masa panjang ekonomi negara. They just don’t see the value of crony capitalism anymore in 2019.

Tuanku Yang Di Pertuan Agong menasihati Dewan untuk membina ekonomi kita secara baik, bukan secara crony capitalism. Oleh itu, Pakatan Harapan perlu memastikan sistem ekonomi direformasikan dengan baik dengan mengamalkan sistem persaingan yang sihat, menggunakan teknologi baru dan melindungi pekerja-pekerja kita. Ini semua dititahkan oleh Tuanku.

Dato’ Speaker, saya faham sistem gabungan politik ini adalah tersangat rumit dan banyak kompromi yang perlu dilakukan. Oleh itu, selepas sepuluh bulan jelas kerajaan Pakatan Harapan nampaknya susah untuk “start engine” reformasi. Saya tidak menyalahkan sesiapa. Oleh itu, saya cadangkan agenda reformasi ini diberi kepada Ahli Parlimen backbenchers untuk dilaksanakan. Ini boleh bermula dengan mengembalikan kuasa dan kebebasan kewangan kepada institusi Parlimen dengan menghidupkan semula Parliamentary Services Act 1963. Di mana-mana demokrasi yang matang pun, principle of separation of powers mesti diamalkan. Ini merupakan satu perkara yang asas. Dalam demokrasi tulen, kabinet tidak boleh mengawal Parlimen, dan kabinet tidak boleh campur tangan dalam kehakiman.

Dengan kuasa yang sewajarnya, kami Ahli Parlimen dari backbench akan meminda Standing Order untuk membenarkan private members bill dikemukakan pada masa yang telah ditetapkan. Kita boleh melaksanakan lebih standing committees untuk menolong kabinet dalam proses reformasi.

Dengan izin, we are ready to help the cabinet to carry out the reforms. Let us carry the torch for reforms. The cabinet can continue to debate on the two-third majority agenda, but please be reminded that this could lead you down the slippery slope to authoritarian rule.

Dato Speaker, beberapa hari lalu Parlimen dikunjungi Sir Hugh Bailey, seorang Ahli Parlimen UK yang telah berkhidmat selama 25 tahun. Beliau memberi pandangan bahawa apabila terdapat satu perubahan kerajaan yang drastik, Ahli-ahli Parlimen perlu mempercepatkan reformasi politik. Sekiranya kita tidak melakukannya dengan cepat, beliau percaya bahawa menteri-menteri akan hilang momentum untuk berubah. Selepas sepuluh bulan, dengan izin, not only is the honeymoon period is over, we are now at a political crossroads.

Dato’ Speaker, saya ingin menutup ucapan saya dengan memberi fokus semula pada pandangan penduduk Parlimen Subang. Penduduk Subang ada yang marah, ada yang memahami. Banyak yang kata “let Pakatan Harapan have some more time to reform”.


Pesanan saya kepada kerajaan Pakatan Harapan adalah dengan izin, you have to give us, the backbenchers some good points to answer our constituents. Kami tidak boleh mempertahankan sesuatu perkara yang mempunyai kekurangan nyata. Jadi saya menyeru kerajaan Pakatan Harapan untuk memperbaiki kesilapan kita sebelum kita tewas lagi dalam pilihanraya kecil yang akan datang.


Dato’ Speaker, saya ada beberapa berita baik yang saya nak kongsikan dengan Dewan yang mulia ini. Dato Speaker, pada pendapat saya crony-capitalism secara rasminya telah pupus di Malaysia. Saya juga gembira bahawa tahap rasuah juga telah menurun dan lebih banyak kes rasuah telah dihadapkan ke Mahkamah. Saya juga menerima banyak maklum balas daripada penduduk saya bahawa penjawat awam sekarang melaksanakan kerja mereka dengan lebih ramah dan lebih efisien. Ini satu petanda yang baik. Ia menunjukkan bahawa secara spontan, rakyat dan pejawat awam ingin melaksanakan sistem pentadbiran yang baharu.


Saya juga perhatikan bahawa kebebasan bersuara telah meningkat. Cuma sekarang kita perlu mengukuhkan kebebasan bersuara dengan meluluskan rang undang-undang yang baharu. Kalau kerajaan Pakatan Harapan sedia toleransi kritikan seperti sekarang, ini adalah satu perkembangan yang positif. Kerajaan tidak lagi boleh mengawal media arus perdana dan media sosial.


Saya bersetuju bahawa kebebasan yang diberikan juga perlu ada hadnya, khasnya untuk membanteras hate crime dan hate speech. Namun secara keseluruhannya kebebasan ini sebenarnya adalah bagus untuk menjadikan kerajaan lebih transparen dan lebih bertanggungjawab. Dengan berakhirnya kawalan penuh terhadap media, kita akan menikmati satu sistem semak dan imbang demi kebaikan rakyat Malaysia. Dato’ Speaker ini semua berita baik yang perlu diraikan.


Kesimpulannya, Dato Speaker, sama ada, ahli-ahli politik bersedia untuk melakukan reformasi atau tidak, rakyat dan penjawat awam telah mula memperbaiki sistem kita. Crony capitalism tak jalan, rasuah menurun, pejawat awam lebih efisien, dan kebebasan bersuara meningkat. Jelas, politik bukannya terletak ditangan Ahli Parlimen semata-mata, tetapi hakikatnya ia terletak di tangan rakyat.


Saya berharap semua Ahli Parlimen dalam Dewan yang mulia ini akan mendengar permintaan rakyat dan bangkit untuk melakukan reformasi demi memenuhi harapan rakyat.


Sekian ucapan dan pesanan saya. Saya menyokong penuh titah DiRaja.

bottom of page