• YB Wong Chen

Ucapan Yang Berhormat Tuan Wong Chen: Rang Undang-Undang Syarikat Labuan (Pindaan) 2022

1. Tuan Speaker, saya menyokong pindaan ini kerana ianya memperbaiki dan membawa improvements kepada governance syarikat-syarikat offshore yang bertapak di Labuan.

2. Labuan offshore telah ditubuhkan pada tahun 1990. Saya masih ingat pada zaman itu, 1990-an, saya berkerja sebagai peguam korporat dan kita sering dengar bahawa Labuan offshore ditubuhkan untuk membasuh dan membersihkan wang-wang rasuah dan salah guna kuasa. Those were the cowboy days.

3. Saya rasa walaupun sudah 30 tahun berlalu, saya harap satu hari kelak, kita akan membuat penyiasatan sebenar apakah tujuan dan matlamat utama pertubuhan Labuan offshore. Was it setup for legal international trade, and financial services? Or was it to launder money, and evade tax, like many other offshore havens. Ini soalan dasar, semua rekod ownership transaksi 30 tahun lalu perlu didedahkan dan disemak.

4. Tuan Speaker, saya bukan membuat tuduhan. Tetapi, saya rasa siasatan aktiviti dan sejarah Labuan 30 tahun dahulu perlu dibuat secara telus. In order for us to move forward, we need to examine the past.

5. Tuan Speaker, reputasi Labuan offshore pada hari ini adalah baik. Namun, reputasi kesemua tax haven lain seperti Switzerland, Singapura, British Virgin Island, Cyprus, Panama, Isle of Man adalah dipersoalkan oleh ramai badan-badan NGO dan media.

6. Pendedahan Panama Papers dan Pandora Papers oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) menunjukkan bahawa walaupun offshore tax haven bukannya haram dan tidak menyalahi undang-undang banyak unsur-unsur kewangan orang kaya yang menggunakan tax haven memang diragui. Dan ada bukti berpunca dari rasuah dan jenayah.

7. Tuan Speaker, mengenai syarikat tax haven saya ingin lari sedikit dari topik pindaan ini. Mengikut laporan the Edge semalam, dalam kes 1MDB di New York, Tim Leissner memberi keterangan bahawa wang sogokan sebanyak RM45 juta telah dibayar kepada satu tokoh peniaga dari keluarga Genting, Lim family melalui syarikat World Merit Management dan Vielle International, kedua-dua syarikat berkait dengan Genting Power Holdings Ltd – syarikat tax haven Isle of Man. Sekiranya benar, bayaran sogokan adalah satu kesalahan besar di bawah Securities Law.

8. Oleh itu, saya ingin bertanya sama ada Menteri akan mengarahkan Securities Commission untuk menyiasat perkara ini dan juga memberi sokongan kepada MACC supaya tindakan sewajarnya dilakukan.

9. Baik, saya balik kepada isu pindaan ini. Soalan dasar saya adalah sama ada pindaan-pindaan ini boleh tolong membanteras wang haram dan wang rasuah dan membaiki syarikat-syarikat Labuan.

10. Tuan Speaker, allow me to set the record straight. Dalam kalangan bankers dan lawyers, Labuan tidak merupakan satu tax haven of choice bagi perkara-perkara rasuah dan wang haram. Sistem KYC, ataupun know your customer adalah cukup baik. Nak buka syarikat Labuan sekarang bukannya senang dan kebanyakkan pengguna adalah syarikat insurans, bank-bank dan syarikat-syarikat petroleum.

11. Aktiviti yang dibenarkan adalah juga restrictive - ini adalah baik. International trade dibenarkan, domestic trade tidak dibenarkan dan aktiviti perdagangan antara syarikat Malaysia tidak dibenarkan. Saya lihat pindaan-pindaan mengenai status pengarah syarikat, disclosures dan juga hukuman penalti adalah juga baik demi memperbaiki governance.

12. Kesemua ini baik dan ini kita kena berterima kasih kepada Bank Negara. Walaupun saya kerap kali menimbulkan soalan tentang 1MDB dan mantan Bank Gabenor Zeti, saya masih percaya bahawa Bank Negara selepas skandal 1MDB telah bertambah baik.

13. Soalan kedua saya kepada menteri adalah berikut. Kita tahu pada masa kini, Labuan offshore mempunyai governance yang baik, dulu pada tahun 90-an tak tahu lah! Selepas pindaan ini, governance akan jadi lebih baik. Tetapi ini juga bermakna Labuan offshore akan menjadi lebih konservatif dan ianya tidak seramah offshore havens yang lain.

14. Soalan saya, adakah hasil 3% cukai Labuan offshore cukup untuk menampung kos operasi Labuan sebagai offshore? In other words, I am asking for the cost-benefit analysis of maintaining Labuan as an offshore entity.

15. Apakah keuntungan kerajaan dari Labuan dan apakah kos kos kerajaan? Kita tahu Labuan is still a quiet peaceful town, I don’t want to say sleepy, jadi hasil pelancongan dan aktiviti hiburan adalah sangat kecil.

16. Adakah Labuan offshore masih fiscally viable? Kalau tidak, apa yang boleh dilakukan untuk memasarkan Labuan sebagai satu financial centre yang konservatif tetapi juga berpotensi dari segi pelancongan dan hiburan supaya ekonomi tempatan naik dan hasil kerajaan pusat meningkat.

17. Sekian terima kasih.