top of page
Writer's pictureYB Wong Chen

Ucapan YB Wong Chen (Subang - PKR) DR 1/2020 Perbelanjaan Tambahan 2019

It is now close to 5pm. Nothing much to report in Parliament. My morning was spent waiting to have a chance to question the minister on ECRL. But no luck on that front.

Then at lunch, PKR had our weekly precounsel lunch. We had a simple ayam penyet, a bit of rice and some sad looking vege. It was good though.

After lunch, I waited for my turn to speak, and finally around 3.40 pm, I was given a chance to deliver my short speech on the Supplementary Budget 2019.


 

Terima kasih Tuan Speaker, kerana memberi saya peluang ini untuk membahas rang undang undang DR 1/2020 Perbelanjaan Tambahan bagi tahun 2019.

Ini adalah satu-satunya rang undang-undang yang sepatutnya di jawab oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Sebagai seorang backbencher Pakatan Harapan, memang wajar saya menyokong rang undang-undang ini. Namun demikian, pada perbahasan tahap dasar ini, saya akan berbahas secara ringkas, tak sampai 5 minit pun dan akan membuat beberapa cadangan-cadangan constructive, supaya negara kita boleh maju ke hadapan dari segi disiplin fiskal, dengan izin, I will propose some ideas to improve fiscal discipline for the benefit of all Malaysians.

Tuan Speaker, apabila saya memerhati data asas perbelanjaan bajet tahun 2019, saya memang prihatin bahawa disiplin fiskal perlu diperbaiki.

Bajet asal perbelanjaan bagi tahun 2019, adalah berjumlah RM316.55 billion, satu jumlah yang cukup besar. Dalam rang undang-undang ini, perbelanjaan mengurus tambahan adalah RM7 billion dan perbelanjaan pembangunan tambahan adalah RM5 billion, bermakna jumlah penuh perbelanjaan tambahan 2019 adalah RM12 billion.

Dari segi nisbah peratus, ini adalah peningkatan sebanyak 3.78% dari bajet 2019 yang asal. Kita perlu juga mengambil kira bahawa setiap bajet mempunyai ruang contingency spending sebanyak RM2 bilion.

Penambahan bajet ini merupakan satu amalan yang kurang sihat dari segi disiplin fiskal, tetapi amalan ini terus kerap dilakukan oleh kerajaan-kerajaan.

Selama 7, 8 tahun saya berkhidmat sebagai Ahli Parlimen, saya telah memerhati setiap tahun, tidak kira kerajaan mana, memang ada amalan perbelanjaan tambahan berkali kali.

Tuan Speaker, sebagai bandingan, sekiranya ini berlaku di syarikat korporat yang besar, saham syarikat tersebut akan jatuh dijual oleh pemegang-pemegang saham.

Apa yang jelas, adalah isu perbelanjaan tambahan ini telah menjadi satu budaya, satu tradisi politik Malaysia. Tradisi yang kurang elok ini perlu dihentikan.

Walaupun sesuatu bajet tersebut adalah merupakan cuma satu anggaran, anggaran tersebut tidak sepatutnya lari banyak dari angka dasar. Kalau anggaran dan realiti bercanggah besar, ini bermakna perangkaan bajet telah dilakukan secara kurang teliti ataupun menteri-menteri tak ada disiplin dan mungkin boros menggunakan wang rakyat.

Pada pendapat saya, sekiranya bajet lari 1% ke 2%, saya rasa kita semua di dewan yang mulia ini boleh terima. Sekiranya berlakunya insiden yang cukup luar biasa, seperti pandemic Covid-19, dan perbelanjaan tambahan diperlukan melebihi 2%, saya rasa dewan yang mulia ini boleh juga menerima keperluan untuk menambah bajet.

Tetapi sekiranya tiada perkara yang luar biasa berlaku, maka perbelanjaan kerajaan tidak sepatutnya menyimpang dari anggaran asal melebihi 2%.

Oleh demikian saya ingin mencadangkan kepada semua ahli-ahli di dewan ini untuk menyokong satu perubahan melalui rang undang-undang dimana sekiranya kerajaan nampaknya jelas akan mengunakan wang melebihi perbelanjaan sebanyak 2%, maka kerajaan tersebut perlu mengambil langkah untuk mengadakan satu sidang Parlimen tergempar untuk mendapat kelulusan penuh dari Ahli-Ahli Parlimen.

Ini juga bermakna kerajaan perlu menerbitkan, dengan izin, management accounts on a quarterly basis, supaya keadaan fiskal perbelanjaan kerajaan dapat dipantau dengan baik dan time sensitive. Kerajaan juga boleh memberi kuasa penuh kepada select committee Bajet untuk memantau perkara ini, bagi pihak Parlimen.

Tuan Speaker, itulah sahaja cadangan dan ucapan saya, dan saya harap Menteri Kewangan dapat menerima cadangan ini dengan baik, demi memperbaiki disiplin fiskal negara kita. Sekian sahaja ucapan pendek saya.

Comments


bottom of page